ENJOY! ;D





















Sunday 19 February 2012

Novel Pertama Saya. Bab 1 dan 2.. Tajuk tak de lagi.. Hope Enjoy!!


Bab 1

“Reza, bangun sayang!! Aduh!! Dah sore nih..” jerit Puan Suriati.. Walaupun umur Puan Suriati sudah memasuki 40 tahun pada tahun ini, namun wajahnya masih kelihatan muda dan tiada kedutan..  “Mama, hari ini kan cuti.. Biarin aja anak kita berehat.. Dia kan kecapeaan.. Kelmarin seharian dia temanin papa ke Bogor..” jawab Encik Farid.. Encik Farid ialah seorang lelaki yang amat kacak.. Seperti isterinya, walaupun umurnya sudah 43 tahun, tapi wajahnya masih kelihatan tampan.. Kini, kekacakannya telah diawarisi oleh anak lelakinya, Reza.. Dia pelik melihat isterinya yang terlalu mengongkong anak tunggalnya itu..

“Pa, Reza kan udah janji sama Alyssa… Alyssa bilang pada mama, Reza udah janji sama dia untuk temanin dia ke parti teman baiknya...” balas Puan Suriati.. Alyssa ialah teman wanita kepada Reza.. Orangnya memang cantik.. Mempunyai rambut yang ikal mayang dan keperangan serta memiliki sepasang mata yang memukau.. Dia juga mempunyai bibir yang seksi.. Namun dia sebalik wajahnya yang jelita,  Alyssa seorang yang kasar dan tamak.. Cintanya pada Reza hanyalah palsu semata.. Misinya ialah membolot semua harta jejaka itu..

Ding dong.. Kedengaran loceng dibunyikan.. ‘Pasti Alyssa’ Reza yang sengaja mendiamkan diri di dalam bilik dari tadi berkata dia dalam hati.. Reza ialah seorang pemuda kacak yang menjadi kegilaan ramai gadis di sekolahnya.. Dia mempunyai hidung yang mancung dan badan yang tinggi lampai.. Reza berkulit kuning langsat dan mempunyai sikap yang bertanggungjawab.. Reza tidak mencintai Alyssa.. Dia terpaksa menerima Alyssa sebagai teman wanitanya atas desakan mamanya.. Dia tidak tahu apa yang ada dalam diri Alyssa sehingga mamanya berkenan dengan gadis tersebut.. Baginya, Alyssa adalah seorang gadis yang manja dan akan lakukan apa saja demi mendapatkan benda yang dia mahu..

“Reza....” kedengaran suara seorang gadis memanggil nama Reza sambil mengetuk pintu biliknya.. “Kamu udah siap atau enggak, Reza?” tanya Alyssa.. Reza membuka pintu biliknya.. “Eya..” jawab Reza.. Reza memakai t-shirt yang berwarna biru muda dan dia memakai jaket hitam di bahagian luar.. Alyssa pula memakai baju berlengan pendek yang berwarna merah jambu dan skirt pendek paras peha yang juga berwarna merah jambu..

“Ayuh, Reza.. Kita udah telat ni..” kata Alyssa.. “Sabar dong..” jawab Reza.. Dia meluat melihat sikap Alyssa yang tak sabar dan mengada-ngada.. Dengan tiba-tiba, Alissa memegang tangan Reza dan menariknya menuju ke kereta.. “Alyssa!!” jerit Reza dengan nada yang agak marah.. “Apaan ni? Kamu bisa sabar enggak?” kata Reza dengan nada yang tinggi.. “ Reza, kamu marah sama aku? Kamu tahu kan aku mahu cepat ni.. Teman-temanku udah menanti kita di sana..” jawab Alyssa.. “Eya, aku tahu.. Tapi bisa enggak kamu sabar.. Dikit aja.. Bisa enggak?” Reza berkata dengan nada yang direndahkan.. “Eya, eya..” Alyssa akhirnya mengaku kalah.. Lalu mereka berdua masuk ke dalam kereta dan Reza memandu terus ke parti itu..


Bab 2

“Assalamualaikum, Marya.. Ni ummi.. Marya, jom turun makan.. Ayah dah tunggu Marya tu..” Datin Salwa mengetuk pintu bilik anak tirinya.. Walaupun Marya hanyalah seorang anak tiri, namun Datin Salwa mendidik dan menyayanginya seperti anak sendiri.. “Walaikumussalam, ummi.. Maafkan Marya.. Selepas solat subuh pagi tadi Marya tertidur..” jawab Marya.. Marya ialah seorang gadis yang amat manis.. Kulitnya putih melepak.. Marya mempunyai lesung pipit dan membuatkan wajahnya bertambah manis ketika dia mengukirkan senyuman..“Eya, sayang.. Ummi tunggu Marya di bawah ye..” balas Datin Salwa.. “ Baik, ummi..” kata Marya..

Marya segera memakai baju kurung berwarna biru dan dipadankan dengan tudung yang juga berwarna biru.. Lalu, tanpa membuang masa, dia turun ke ruang makan untuk bersarapan.. “ Morning, ayah..” kata Marya.. “Pagi, sayang..” jawab Dato’ Kamil.. “Kakak nak pergi mana lawa-lawa ni?” tanya Najwa.. Najwa ialah adik tiri Marya.. Walaupun mereka bukanlah adik-beradik kandung, namun mereka amat rapat.. Seperti kembar.. Najwa seorang gadis yang cantik.. Dia mempunyai rambut yang lurus dan paras bahu.. Najwa mempunyai kulit sawo matang.. Datin Salwa mewariskan sepasang mata yang berwarna coklat kepadanya.. “ Akak nak jumpa kawan.. Nak study.. SPM dah dekat..” balas Marya…

Marya menuang air the ke dalam cawannya lalu menghirup air tersebut.. Kemudian, dia mengambil dua keping roti telur lalu memakannya.. Setelah selesai, dia menyalami ayah dan umminya lalu mencapai kunci kereta dan memandu ke Port Dickson.. Setelah 2 jam dia memandu dari rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur, dia akhirnya sampai di destinasi yang ditujuinya.. Dia mencari parking dan tempat yang sesuai di pesisiran pantai… Tiba-tiba, dia terlihat sebuah kereta Alza yang berwarna ungu.. Dia yakin, kereta itu milik sahabat karibnya, Fazira.. Tanpa membuang masa, dia memandu kereta Bmw berwarna hitam miliknya menuju ke kereta itu.. Lalu meletak kereta itu di samping kereta Alza tersebut.. Selepas dia turun dari kereta, matanya melilau mencari kelibat sahabat baiknya..

Dia terlihat sahabatnya, Fazira duduk di samping seorang lelaki.. ‘Iskandar!!’ jeritnya di dalam hati.. Iskandar ialah teman lelaki Fazira.. Iskandar bukanlah seorang lelaki yang tampan.. Dia berkulit hitam manis dan Iskandar ialah seorang lelaki yang berbudi bahasa serta pandai mengambil hati seorang wanita.. Dia juga antara pelajar bijak di sekolah.. Mungkin sebab itulah Fazira terpikat pada Iskandar…

Sambil tersenyum simpul, Marya mengorak langkah menuju ke arah Fazira dan Iskandar.. “Assalamualaikum..” tegur Marya.. “Waalaikumussalam..” jawab Fazira dan Iskandar serentak.. “Wah!! Tak sangka pula ada pasangan yang sedang berasmara di sini.. Sorrylah kalau aku ganggu ketenteraman kamu berdua..” kata Marya.. “Eh, Marya.. Hehehe… Masa bila pula kami berasmara? Kau tak nampak ke buku bertimbun depan kami ni? Pasangan mana dalam dunia ni yang berasmara dengan buku di samping mereka?” jawab Fazira sambil ketawa kecil.. “ Pasangan kau dan Iskandar la..” seloroh Marya.. “Kami sedang mengulangkaji lah, Marya..” Iskandar bersuara.. “Kenapa tak tunggu aku?” soal Marya.. “ Kau lambat sangat.. Dah berzaman kami tunggu kau di sini..” balas Iskandar.. “Hehehe… Maaflah membuat kau dan Fazira menunggu..” jawab Marya dengan rasa bersalah.. “ Tak mengapa.. Daripada kita membuang masa dengan berbual kosong  je di sini, aku rasa lebih baik kita mengulangkaji..” balas Fazira.. “Betul betul betul..” jawab Iskandar manakala Marya pula hanya menganggukkan kepala..

No comments:

Post a Comment