ENJOY! ;D





















Monday 20 February 2012

Sambungan bab 3 novel


Bab 3


“Pa, kalo Reza mau ka Malaysia, bisa nggak?” tanya Reza.. “mau ngapain kamu ka Malaysia?’’ sampuk Puan Suriati.. “Ma, biarin aja dia.. jngan dimarah terus..” jawab Encik Farid.. “Ma, pa, Reza mau bercuti di Malaysia.. kok nggak bisa sih?” kata Reza dengan nada yang agak keras.. dia berasa kurang senang dengan sikap mamanya yang terlalu mengongkong dia.. “Emang kamu nggak suka bercuti di Indonesia??” soal Puan Suriati kpda anak lelaki tunggalnya itu..

“Bukan nggak suka, tapi Reza mau ketemu sama Iskandar di sana.. Udah lama Reza nggak ketemu sama dia..” jelas Reza.. Sudah 3 tahun dia tidak berjumpa dengan sepupunya, Iskandar yang tinggal di Malaysia.. Iskandar adalah anak kepada adik perempuan bapanya yang bernama Farah.. Farah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dari Malaysia iaitu Encik Imran..

“Benar juga kata Reza.. Ma, biarin aja Reza ka Malaysia..” kata Encik Farid.. “Terpulanglah!” kata Puan Suriati.. Dia malas nak bercakap mengenai Iskandar atau mana-mana kaum keluarga suaminya yang tinggal di Malaysia.. Sejak dari awal lagi dia tidak menyukai adik suaminya itu.. Baginya, Farah adalah seorang wanita yang pentingkan diri.. “Benaren ni ma, pa? kalau begitu, Reza mau nelfon Iskandar dulu ya..” kata Reza dengan gembira sambila mendail nombor telefon Iskandar..

Tut tut.. Tut tut.. “Hello?” kedengaran suara seorang lelaki menjawab panggilan telefon.. “Hello, Is.. Kau masih kenal sama aku?” jawab Reza.. Telah lama dia tidak menghubungi sepupunya
itu..
“Ni Reza kan?” soal Iskandar ragu-ragu.. “Eya la..” kata Reza sambil tersenyum.. “Wah!! Dah lama kau tak call aku.. Kau macam sekarang?” Iskandar berkata dengan nada yang gembira.. Dia amat merindui sepupunya itu.. Reza ibarat kawan baiknya.. Sejak 3 tahun lalu, Reza tidak pernah menghubunginya mahupun melawatnya di Malaysia..

“Aku baik-baik aja.. Kau pula gimana?” soal Reza.. Dia tidak sabar ingin memberitahu Iskandar tentang lawatannya ke rumah sepupunya di Malaysia.. “Aku pun baik-baik je.. Dah lama tak dengar khabar kau, Reza..” kata Iskandar.. “Eya.. Aku juga sama.. Is, kalo aku bercuti di Malaysia, bisa nggak aku tinggal di rumah kau?” balas Reza.. “Mestilah boleh.. Kenapa tak boleh pula? Bila kau nak datang sini? Aku tak sabar ni.. Rindu la kat kau.. hehe..” jawab Iskandar sambil ketawa kecil.. “Hehe.. Aku juga kangen kok sama kau.. Next week, aku bercuti di sana
ya..” kata Reza.. “Betul ni?? Kau tak bergurau? Yeay!!! Haha.. Ok.. Nanti aku jemput kau di airport ye..” balas Iskandar sambil menjerit kegembiraan.. “Aku nggak bercanda.. Ok.. Nanti aku bilang kapan flight aku ya?” jawab Reza.. “Yes sir!” balas Iskandar dengan nada bergurau.. “Ok! Hehe.. Assalamualaikum.. Bye..” kata Reza.. “Waalaikumussalam” jawab Iskandar sebelum meletak panggilan sepupunya itu..

Sunday 19 February 2012

Novel Pertama Saya. Bab 1 dan 2.. Tajuk tak de lagi.. Hope Enjoy!!


Bab 1

“Reza, bangun sayang!! Aduh!! Dah sore nih..” jerit Puan Suriati.. Walaupun umur Puan Suriati sudah memasuki 40 tahun pada tahun ini, namun wajahnya masih kelihatan muda dan tiada kedutan..  “Mama, hari ini kan cuti.. Biarin aja anak kita berehat.. Dia kan kecapeaan.. Kelmarin seharian dia temanin papa ke Bogor..” jawab Encik Farid.. Encik Farid ialah seorang lelaki yang amat kacak.. Seperti isterinya, walaupun umurnya sudah 43 tahun, tapi wajahnya masih kelihatan tampan.. Kini, kekacakannya telah diawarisi oleh anak lelakinya, Reza.. Dia pelik melihat isterinya yang terlalu mengongkong anak tunggalnya itu..

“Pa, Reza kan udah janji sama Alyssa… Alyssa bilang pada mama, Reza udah janji sama dia untuk temanin dia ke parti teman baiknya...” balas Puan Suriati.. Alyssa ialah teman wanita kepada Reza.. Orangnya memang cantik.. Mempunyai rambut yang ikal mayang dan keperangan serta memiliki sepasang mata yang memukau.. Dia juga mempunyai bibir yang seksi.. Namun dia sebalik wajahnya yang jelita,  Alyssa seorang yang kasar dan tamak.. Cintanya pada Reza hanyalah palsu semata.. Misinya ialah membolot semua harta jejaka itu..

Ding dong.. Kedengaran loceng dibunyikan.. ‘Pasti Alyssa’ Reza yang sengaja mendiamkan diri di dalam bilik dari tadi berkata dia dalam hati.. Reza ialah seorang pemuda kacak yang menjadi kegilaan ramai gadis di sekolahnya.. Dia mempunyai hidung yang mancung dan badan yang tinggi lampai.. Reza berkulit kuning langsat dan mempunyai sikap yang bertanggungjawab.. Reza tidak mencintai Alyssa.. Dia terpaksa menerima Alyssa sebagai teman wanitanya atas desakan mamanya.. Dia tidak tahu apa yang ada dalam diri Alyssa sehingga mamanya berkenan dengan gadis tersebut.. Baginya, Alyssa adalah seorang gadis yang manja dan akan lakukan apa saja demi mendapatkan benda yang dia mahu..

“Reza....” kedengaran suara seorang gadis memanggil nama Reza sambil mengetuk pintu biliknya.. “Kamu udah siap atau enggak, Reza?” tanya Alyssa.. Reza membuka pintu biliknya.. “Eya..” jawab Reza.. Reza memakai t-shirt yang berwarna biru muda dan dia memakai jaket hitam di bahagian luar.. Alyssa pula memakai baju berlengan pendek yang berwarna merah jambu dan skirt pendek paras peha yang juga berwarna merah jambu..

“Ayuh, Reza.. Kita udah telat ni..” kata Alyssa.. “Sabar dong..” jawab Reza.. Dia meluat melihat sikap Alyssa yang tak sabar dan mengada-ngada.. Dengan tiba-tiba, Alissa memegang tangan Reza dan menariknya menuju ke kereta.. “Alyssa!!” jerit Reza dengan nada yang agak marah.. “Apaan ni? Kamu bisa sabar enggak?” kata Reza dengan nada yang tinggi.. “ Reza, kamu marah sama aku? Kamu tahu kan aku mahu cepat ni.. Teman-temanku udah menanti kita di sana..” jawab Alyssa.. “Eya, aku tahu.. Tapi bisa enggak kamu sabar.. Dikit aja.. Bisa enggak?” Reza berkata dengan nada yang direndahkan.. “Eya, eya..” Alyssa akhirnya mengaku kalah.. Lalu mereka berdua masuk ke dalam kereta dan Reza memandu terus ke parti itu..


Bab 2

“Assalamualaikum, Marya.. Ni ummi.. Marya, jom turun makan.. Ayah dah tunggu Marya tu..” Datin Salwa mengetuk pintu bilik anak tirinya.. Walaupun Marya hanyalah seorang anak tiri, namun Datin Salwa mendidik dan menyayanginya seperti anak sendiri.. “Walaikumussalam, ummi.. Maafkan Marya.. Selepas solat subuh pagi tadi Marya tertidur..” jawab Marya.. Marya ialah seorang gadis yang amat manis.. Kulitnya putih melepak.. Marya mempunyai lesung pipit dan membuatkan wajahnya bertambah manis ketika dia mengukirkan senyuman..“Eya, sayang.. Ummi tunggu Marya di bawah ye..” balas Datin Salwa.. “ Baik, ummi..” kata Marya..

Marya segera memakai baju kurung berwarna biru dan dipadankan dengan tudung yang juga berwarna biru.. Lalu, tanpa membuang masa, dia turun ke ruang makan untuk bersarapan.. “ Morning, ayah..” kata Marya.. “Pagi, sayang..” jawab Dato’ Kamil.. “Kakak nak pergi mana lawa-lawa ni?” tanya Najwa.. Najwa ialah adik tiri Marya.. Walaupun mereka bukanlah adik-beradik kandung, namun mereka amat rapat.. Seperti kembar.. Najwa seorang gadis yang cantik.. Dia mempunyai rambut yang lurus dan paras bahu.. Najwa mempunyai kulit sawo matang.. Datin Salwa mewariskan sepasang mata yang berwarna coklat kepadanya.. “ Akak nak jumpa kawan.. Nak study.. SPM dah dekat..” balas Marya…

Marya menuang air the ke dalam cawannya lalu menghirup air tersebut.. Kemudian, dia mengambil dua keping roti telur lalu memakannya.. Setelah selesai, dia menyalami ayah dan umminya lalu mencapai kunci kereta dan memandu ke Port Dickson.. Setelah 2 jam dia memandu dari rumahnya yang terletak di Kuala Lumpur, dia akhirnya sampai di destinasi yang ditujuinya.. Dia mencari parking dan tempat yang sesuai di pesisiran pantai… Tiba-tiba, dia terlihat sebuah kereta Alza yang berwarna ungu.. Dia yakin, kereta itu milik sahabat karibnya, Fazira.. Tanpa membuang masa, dia memandu kereta Bmw berwarna hitam miliknya menuju ke kereta itu.. Lalu meletak kereta itu di samping kereta Alza tersebut.. Selepas dia turun dari kereta, matanya melilau mencari kelibat sahabat baiknya..

Dia terlihat sahabatnya, Fazira duduk di samping seorang lelaki.. ‘Iskandar!!’ jeritnya di dalam hati.. Iskandar ialah teman lelaki Fazira.. Iskandar bukanlah seorang lelaki yang tampan.. Dia berkulit hitam manis dan Iskandar ialah seorang lelaki yang berbudi bahasa serta pandai mengambil hati seorang wanita.. Dia juga antara pelajar bijak di sekolah.. Mungkin sebab itulah Fazira terpikat pada Iskandar…

Sambil tersenyum simpul, Marya mengorak langkah menuju ke arah Fazira dan Iskandar.. “Assalamualaikum..” tegur Marya.. “Waalaikumussalam..” jawab Fazira dan Iskandar serentak.. “Wah!! Tak sangka pula ada pasangan yang sedang berasmara di sini.. Sorrylah kalau aku ganggu ketenteraman kamu berdua..” kata Marya.. “Eh, Marya.. Hehehe… Masa bila pula kami berasmara? Kau tak nampak ke buku bertimbun depan kami ni? Pasangan mana dalam dunia ni yang berasmara dengan buku di samping mereka?” jawab Fazira sambil ketawa kecil.. “ Pasangan kau dan Iskandar la..” seloroh Marya.. “Kami sedang mengulangkaji lah, Marya..” Iskandar bersuara.. “Kenapa tak tunggu aku?” soal Marya.. “ Kau lambat sangat.. Dah berzaman kami tunggu kau di sini..” balas Iskandar.. “Hehehe… Maaflah membuat kau dan Fazira menunggu..” jawab Marya dengan rasa bersalah.. “ Tak mengapa.. Daripada kita membuang masa dengan berbual kosong  je di sini, aku rasa lebih baik kita mengulangkaji..” balas Fazira.. “Betul betul betul..” jawab Iskandar manakala Marya pula hanya menganggukkan kepala..

Saturday 18 February 2012

My Top Three Bestfriends


Ni kawan baik aku sejak kecil.. Nama dia, Nur Azreen Binti Omar.. Umur dia sama cam aku gak, 13 tahun.. Kalau time cuti panjang, kitorang selalu lepak kat Tesco Kajang.. Hehe.. Dia ni orangnya agak garang la jugak.. Kitorang selalu berkongsi cerita and rahsia.. fufufu.. Tiap malam, lepas je dia balik ngaji, dia singgah rumah aku.. Kat dalam gambar atas ni, dia tengah bergambar ngan adik dia.. Kawan aku nih cantik kan? kan kan kan?? hehehe.. Dia ikut muka mak dia..

Yang ni pun kawan aku sejak dari aku kecil lagi.. Kalau korang nak tengok muka dia, dia yg kat tengah-tengah tu.. Muka dia macam chinese sikit.. Comel kan dia?? hehe.. Nama dia, Nur Hanis Shahirah Binti Mustakim.. Umur dia ni, sama ngan aku.. huhuhu.. Dia ni tinggal kat belakang rumah aku jer.. Bila time bosan, kitorang borak.. Hanis ni, orangnya lemah lembut.. And lurus bendul sikitt.. Tapi sikit je la.. Dia ni baik sangat.. Hati dia lembut..

 
Ni kawan baik aku merangkap jawatan sebagai sepupu aku.. hehehe.. Dia yang budak perempuan yang pakai baju kurung warna merah jambu.. Ayu kan dia?? Dia ni sebaya aku.. Kitorang ni rapat gila-gila.. Sampai pernah ada orang tu dia ingat kitorang ni kembar.. huhuhu.. Nama dia, Nur Sabrina Aida Binti Shaharom.. Umur sama ngan aku.. hihihi.. Di mana ada dia, di situ pasti ada aku.. huhu.. Dia selalu panggil aku ngek and pendek.. Aku ni bukannyer pendek sangat pun.. Faktor ketinggian aku normal.. Tumbesaran dia je yang cepat and aktif.. fufufu..


P/s --> Aku sayang semua kawan baik aku.. Rahsia-rahsia aku, dorang pegang.. Aku harap, kitorang akan bersama sampai bila-bila.. >,<  

Friday 17 February 2012

Huhu.. Aku x tau la nk update ape kat blog aku ni.. Hurrmm.. Ape kata, aku buat blog aku ni mcm diari aku? ok x? ape pendapat korang? hehe.. klau x pown, aku tulis novel kat blog aku nih.. amacam? :)

Thursday 9 February 2012

Naluri Seorang Insan



Naluri seorang kekasih amat kuat dan tepat. Seandainya dia merasakan bahawa pasangannya curang dan berpaling, telahannya itu benar belaka. Semuanya gara-gara perasaan cinta dan sayang yang teguh di hati. Meskipun perit, namun dia tetap bertahan dan menyelidik perkara itu sama ada benar ataupun hanya mainan perasaan sahaja.

Wednesday 8 February 2012

Hati Seorang Wanita


Janganlah dikau menyakiti hati seorang wanita. Sekali kau melukai hatinya, dia akan mengingati peristiwa itu sampai bila-bila. Hati wanita amat lembut dan sangat senang untuk disakiti. Bukan setakat itu sahaja, hati wanita juga amat susah untuk sembuh apabila terluka. Sekali saja kau melukainya, dia tidak akan mempercayaimu sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tuesday 7 February 2012

Setiap hubungan yang dibina pasti ada ujian dan dugaan yang datang tanpa diduga untuk menguji sekuat mana cinta kita terhadap pasangan kita. Pergaduhan dan pertelingkahan pasti akan berlaku antara kita dan si dia. Sekiranya kita menghadapi semua ujian itu dengan tabah dan sabar, pasti hubungan kita dan si dia berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Curang adalah antara faktor yang menyebabkan hubungan kita dan si dia tidak bertahan lama. Terlalu sukar untuk kita menjumpai orang yang betul-betul setia pada zaman sekarang ini. Kadang-kadang terasa bagaikan cinta sejati itu hanyalah dongeng semata.